BAB 6
HAMZAH
Perbincangan ini berkisar bahawa HAMZAH itu terbahagi lima bahagian:
1) Bentuk ( هيئتها )
2) Warna ( لونها )
3) Baris ( حركتها )
4) Keadaan ( أحوالها )
5) Kedudukan ( موضعها )
PERTAMA: BENTUK
Lihat dua pandangan mengenai bentuk Hamzah:
1. Berbentuk bulat seperti titik ( مدور ) (.) Sama ada kompilasi tahqiq atau tashil –Ahli Nuqoth.
2. Ain kecil ( عseperti Mazhab Nahu dan Ahli Penulisan. Contonya ( رأس) - ( رعس)
* asalnya hamzah adalah untuk beberapa lahjah.
KEDUA: WARNA ( لونها)
Hamzah diwarnakan pada enam tempat:
1. Tahqiq ( أخذ)
2. Tashil baina baina(أرأيت)- bacaan tashil
3. Ibdal huruf berbaris(لئلا)- bacaan ibdal “Ya”
4. Ibdal huruf mad(أرأيت)-bacaan ibdal
5. Naqal harakat hamzah (قد أفلح)-bacaan naqal
6. Hazaf (شاء أنشره)-bacaan gugurkan (اسقط)
· Penandaan warna:
i. Tahqiq ditanda bulatan titik (مدورا)(.) -berwarna kuning.
ii. Tashil baina baina atau ibdal huruf berbaris ditanda dengan bulatan titik(مدورا) (.)-berwarna merah.
iii. Ibdal huruf mad atau naqal harakat atau hazaf hamzah-tidak ada bentuk dan warna.
KETIGA : BARIS (حركتها)
Sepakat Ulama Dhabt atas baris hamzah seperti berikut:
· Tahqiq
· Tashil baina baina
· Gugur hamzah dan harakatnya
· Naqal harakat hamzah-sukun shohih (قد أفلح)
· Tanwin-naqal harakat pada lafaz bukan tulisan (رحيم ءأشفقتم)
· Ibdal huruf yang berbaris-terdapat dua pendapat:
i. Hazaf harakat
ii. Letak harakat (diamalkan)
*Adapun badal huruf mad dihazafkan harakatnya. Dan terdapat enam jenis:
1) Mufrad contohnya (أرأيت) - bacaan ibdal.
2) Berhimpun dua hamzah dalam satu kalimah, hamzah kedua wasal contohnya (ءآذكرين)
3) Berhimpun dua hamzah dalam satu kalimah dan kedua bukan wasal dan selepasnya itu sukun contonya (ءأنذرتهم) – bacaan ibdal.
4) Berhimpun dua hamzah dalam satu kalimah dan selepasnya harakat aa’ridiyah contonya (ءالان) – bacaan ibdal dan naqal.
5) Berhimpun dua hamzah dalam satu kalimah dan selepasnya harakat asliyah contonya (ءألد) – bacaan ibdal.
6) Berhimpun dua hamzah dalamdua kalimah contonya (شاء أنشره).
Kesimpulnnya:
i. Jenis pertama dan kedua hazaf hamzah dan harakatnya dan letak tanda (مطة) pada tempat hamzah (أرآيت)(ءآذكرين)
ii. Jenis ketiga hazaf hamzah dan harakatnya; dan ada yang mengatakan:
· Letak tanda (مطة) pada tempat hamzah (ءآنذرتهم) ini yang diamakan
· Tidak perlu
iii. Jenis keempat hazaf hamzah dan tidak diletakkan tanda(مطة) pada mad (ءالان) dan ini yang diamalkan.
iv. Jenis kelima dan keenam hazaf hamzah dan harakatnya dan tidak diletakkan tanda (مطة) :(ءألد)(شاء أنشره)
KEEMPAT : KEADAAN (أحوالها)
Antara keadaan hamzah ialah mufrad dan jamak
Mufrad –boleh ada rumah dan tiada rumah
· Ada rumah:
i. Alif (سأل)
ii. Wau (لؤلؤ)
iii. Ya (بارئكم)
· Tiada rumah:
i. Awal (ءادم)
ii. Tengah (لرءوف)
iii. Akhir (السماء)
Jamak – wajib menghazafkan salah satu rumah ketika berbeza baris(أئفكا) (أؤنبئكم) ataupun sama baris(ءأنذرتهم) mengikut kaedah tertentu.
a. Mazhab Farra – kekal rumah pertama hazaf rumah kedua.
b. Mazhab Kisaie – kekal ruma kedua hazaf rumah pertama.
c. Ulama Dhabt mengambil kedua pendapat:
i. Mazhab Kisaie – kekal rumah kedua apabila sama baris (ءأنذرتهم)
ii. Mazhab Farra – kekal rumah pertama apabila berbeza baris (أءنزل)
*Jika berhimpun tiga hamzah, dihazafkan semua kecuali satu rumah sahaja.
Banyak mazhab memberi sehingga enam puluh pandangan. Namun diambil oleh pengarang tiga daripadanya:
1. Hazaf rumah hamzah pertama – diletakkan rumah pada hamzah kedua – diletakkan alif kecil pada rumah yang ketiga.(ءأٰلهتنا) (yang diamal)
2. Hazaf rumah hamzah pertama – diletakkan alif kecil pada rumah yang kedua – diletakkan alif pada rumah yang ketiga.(ءٰالهتنا)
3. Hazaf rumah hamzah pertama dan kedua – diletakkan alif pada rumah yang ketiga.(ءءالهتنا)
KELIMA : TEMPAT (موضعها)
Maka hamzah boleh ada rumah dan tiada rumah.
*Jika tiada rumah maka letak atas garisan sama ada:
I. Awal (ءادم)
II. Tengah (لرءوف)
III. Akhir (السماء)
Apabila terdapat tanda (مطة):
I. Dipisah (منفصلة) contohnya (شطئة) (yang diamal)
II. Disambung.(متصلة)
*Jika terdapat rumah padanya maka letaklah hamzah diatas rumahnya samaada ketika baris atau sukun contonya:
I. Alif (أخذ)
II. Wau (يكلؤكم)
III. Ya (لئلا)
Apabila berbaris kasroh maka letaklah dibawah rumahnya sama ada:
I. Alif (إنا)
II. Ya (الملاىكة)
III. Wau (اللؤلؤ)
*Jika idkhal (tambah):
I. Letak alif kecil atau diantara dua hamzah (ءٰأنذرتهم)
II. Garis atau titik (جرة) : (ء. أنذرتهم)
PENULIS: MUHAMMAD LUKMAN BIN AZAN NAZLI
DT07-0647/2019
No comments:
Post a Comment